** SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS GURU BESAR DAERAH LEDANG **

Diari Semasa

18 - 20 Mei 2015 - Bengkel Kerja Majlis Guru Besar Daerah Ledang di Good Hope, Johor Bahru.

.......................................................................

08 - 10 April 2014 - Seminar Antarabangsa Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah di Menara Felda, KL. dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

.......................................................................

13 April 2014 - Taklimat New Deal di SK Parit Raja, B. Pahat jam 2.00 ptg.

.......................................................................

14 April 2014 - Taklimat dan serahan buku sarana ibu bapa di Dewan SK Seri Bukit Pasir, Muar jam: 2.00 ptg. oleh En. Azhari Husin (JPN) dan En. Mohd Fuad Sarmin (PPD)

........................................................................

15 April 2014 - Mesyuarat AJK KBSR Zon Tangkak(SK) di SK Sri Tangkak Jam: 3.30 ptg.

........................................................................

16 April 2014 - Dialog Prestasi KBSR Zon Tangkak Bil. 1/2014 di SK Ledang, Tangkak bersama Tuan PPD Muar jam 11.30 pagi hingga 2.00 ptg.

........................................................................



17-18 April 2014 - Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar KPM di SACC, Selangor oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

........................................................................



14 Mei 2014 -
Majlis Penutupan Rasmi Karnival Kem Bestari 1Malaysia Prasekolah 2014 di SK Sri Tangkak, jam: 11.30 pagi. Semua Guru Basar Zon Tangkak dijemput hadir.

........................................................................



14-15 Mei 2014 -
Perlawanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Muar di Dewan SK Ledang dan SMK Ledang, jam: 8.00pagi hingga 5.00petang.

........................................................................



15 Mei 2014 -
Perjumpaan Ketua Polis Daerah Ledang bersama Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Ledang di Bilik Seminar SMK Tun Mamat, Ledang jam: 9.00 - 12.00 tengahari.

........................................................................



16 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Tema: GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI. Selamat Hari Guru, Terima kasih CIKGU!.

........................................................................



26 Mei 2014 - Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Muar 2014 di Dataran Tanjung Emas, Muar, jam: 2.00 petang. Semua GB dan GPK1 dijemput hadir.

........................................................................



21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.

........................................................................



22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.

........................................................................



27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.

........................................................................



29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.

........................................................................



01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat

........................................................................



07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.

........................................................................

11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.

.......................................................................

12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.

.......................................................................

13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 ptg.

.......................................................................














































































Isnin, 12 Mei 2014

Peringatan Agar Bertaubat




Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

SETELAH Allah SWT menyebut perihal orang musyrik yang tidak mahu memerhatikan tanda kekuasaan-Nya yang dapat disaksikan di mana-mana sahaja di alam semesta ini, selanjutnya Dia menyebut pula perihal mereka yang tidak mahu memerhatikan ayat-ayat al-Quran yang disampaikan kepada mereka yang mengandungi peringatan dan ancaman bagi mengelakkan azab seperti yang telah menimpa kaum-kaum sebelum mereka.

Kemudian Allah SWT meneruskan pula kecaman terhadap mereka kerana tidak mahu bersikap belas kasihan sesama makhluk kerana mereka tidak membelanjakan harta untuk menolong orang yang memerlukannya.

Firman Allah SWT: 

A045


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat, (mereka tidak mengendahkannya). (Yasin: 45)

Mujahid berkata: "Daripada berbagai-bagai dosa."

Ibnu Kathir berkata: "Ketakwaan kamu, maka Allah SWT merahmati dan menyelamatkan kamu daripada azab-Nya."

Al-Maghari berkata: "Apabila dikatakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT "awaslah, kamu pasti akan menerima bencana seperti yang pernah menimpa umat sebelum kamu. Begitu juga kamu hendaklah takut terhadap bencana-bencana yang pernah menimpa umat yang sebelum kamu kerana melakukan kemusyrikan dan mendustakan rasul Allah SWT."

Di samping itu pula kamu akan menerima azab yang lebih keras dan kamu mati dalam keadaan kafir. Semoga peringatan ini menjadikan kamu mahu bertaubat.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan watak orang kafir dan tidak beriman sentiasa mempertikaikan keputusan Allah SWT dan segala bentuk janji Allah, mereka mempermainkannya.

Mereka tidak merasa gementar dan takut, sebaliknya dengan bersahaja mempertikaikannya termasuk hari kiamat dan janji Allah. Golongan seperti ini sentiasa wujud di sepanjang zaman. Semoga Allah memelihara kita daripada disesatkan mereka.

Firman Allah SWT: 

A046

Dan (Itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). (Yasin: 46)

Ibnu Kathir berkata: "Mereka tidak berharap dan tidak menerimanya serta menolak manfaat daripadanya."
Al-Maghari berkata: "Setiap kali ditunjukkan kepada mereka bukti-bukti keagungan ciptaan Allah SWT yang membukti keEsaan-Nya, dengan serta-merta pasti mereka menolak dan mendustakan serta mengejeknya."

Hakikatnya mereka itu tidak mahu membebankan diri mereka dengan mempercayai keEsaan-Nya dan kebenaran rasul. Allah SWT menyebut keengganan mereka menerima ayat-ayat-Nya, selanjutnya Dia menyebut pula kekejaman mereka sesama makhluk Allah SWT.

Dalam ayat-ayat yang dibincangkan di atas jelas mempamerkan sifat ingkar, protes dan tidak bersyukur atas kurniaan Allah yang pelbagai dan banyak.

Justeru, mereka sewajarnya mengambil iktibar berdasarkan kebenaran yang diserlahkan dalam al-Quran serta realiti sebenar yang berlaku dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan penemuan saintifik jelas menunjukkan kebenaran Ilahi.

Ulama berpendapat bahawa ayat ini turun berkenaan masa sulit yang dihadapi masyarakat Mekah. Ketika itu Nabi Muhammad SAW menganjurkan kepada semua pihak termasuk kaum musyrikin membantu fakir miskin, namun mereka enggan.

Orang miskin yang telah memeluk Islam tidak lagi diberi bantuan dan ketika itulah kaum musyrikin mengucapkan kalimat yang kasar itu.

Marilah sama-sama kita sentiasa tadabbur ayat Allah untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan juga wasiat Tuhan kepada kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan