** SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS GURU BESAR DAERAH LEDANG **

Diari Semasa

18 - 20 Mei 2015 - Bengkel Kerja Majlis Guru Besar Daerah Ledang di Good Hope, Johor Bahru.

.......................................................................

08 - 10 April 2014 - Seminar Antarabangsa Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah di Menara Felda, KL. dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

.......................................................................

13 April 2014 - Taklimat New Deal di SK Parit Raja, B. Pahat jam 2.00 ptg.

.......................................................................

14 April 2014 - Taklimat dan serahan buku sarana ibu bapa di Dewan SK Seri Bukit Pasir, Muar jam: 2.00 ptg. oleh En. Azhari Husin (JPN) dan En. Mohd Fuad Sarmin (PPD)

........................................................................

15 April 2014 - Mesyuarat AJK KBSR Zon Tangkak(SK) di SK Sri Tangkak Jam: 3.30 ptg.

........................................................................

16 April 2014 - Dialog Prestasi KBSR Zon Tangkak Bil. 1/2014 di SK Ledang, Tangkak bersama Tuan PPD Muar jam 11.30 pagi hingga 2.00 ptg.

........................................................................



17-18 April 2014 - Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar KPM di SACC, Selangor oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

........................................................................



14 Mei 2014 -
Majlis Penutupan Rasmi Karnival Kem Bestari 1Malaysia Prasekolah 2014 di SK Sri Tangkak, jam: 11.30 pagi. Semua Guru Basar Zon Tangkak dijemput hadir.

........................................................................



14-15 Mei 2014 -
Perlawanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Muar di Dewan SK Ledang dan SMK Ledang, jam: 8.00pagi hingga 5.00petang.

........................................................................



15 Mei 2014 -
Perjumpaan Ketua Polis Daerah Ledang bersama Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Ledang di Bilik Seminar SMK Tun Mamat, Ledang jam: 9.00 - 12.00 tengahari.

........................................................................



16 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Tema: GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI. Selamat Hari Guru, Terima kasih CIKGU!.

........................................................................



26 Mei 2014 - Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Muar 2014 di Dataran Tanjung Emas, Muar, jam: 2.00 petang. Semua GB dan GPK1 dijemput hadir.

........................................................................



21 Julai 2011 - Taklimat Penyelarasan Kem Kemanisan Iman SM di Perpustakaan SMK Seri Kenangan, Jam 2.30 ptg. Semua Penyelaras dan AJK Pelaksana(PEKDIS Zon Utara) dijemput hadir.

........................................................................



22-24 Julai 2011 - Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat Negeri Zon Segamat-Muar di SMK Agama Segamat. 168 peserta terlibat.

........................................................................



27 - 29 Julai - Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi.

........................................................................



29 - 30 Julai 2011 - Kem Kemanisan Iman Sekolah Menengah di Pusat Pertanian Jementah. 100 peserta terlibat. Anjuran Pekdis Zon Utara.

........................................................................



01 Ogos 2011 - Pelancaran Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah-sekolah daerah Segamat

........................................................................



07 - 09 Ogos 2011 - Mesyuarat Hala tuju Dakwah bersama Penyelaras dan AJK Pekdis Daerah Segamat di Permaisuri MITC Hotel, Melaka.

........................................................................

11 Jun 2013 - Audit 1 Malaysia di Dewan SMKA Maahad, Muar - Jam 5.30 petang.

.......................................................................

12 Jun 2013 - Postmoterm Ujian 1&2 Tahun 6 - Jam 1.00 petang.

.......................................................................

13 Jun 2013 - Sarana Ibubapa di Dewan Perdana PPDMUAR jam 2.00 ptg.

.......................................................................














































































Khamis, 15 Mei 2014

DISKUSI BERSAMA KETUA POLIS DAERAH LEDANG

Kepada 

Semua Pengetua dan Guru Besar / wakil

Dimaklumkan satu perjumpaan Ketua Polis Daerah Ledang bersama Pegawai Pendidikan Daerah, semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Ledang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:-

Tarikh     : 15 Mei, 2014 (Khamis)
Masa      : 9.00 hingga 12.00 tengahari
Tempat   : Bilik Seminar, SMK Tun Mamat, Ledang

Semua Pengetua dan Guru Besar / wakil dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 14 Mei 2014












Organisasi KSSR Zon Tangkak 2014


AHLI JAWATANKUASA KSSR ZON TANGKAK 2014
BIL
NAMA
SEKOLAH
JAWATAN
PANITIA
TEL
1
Haron bin Haris
SK Seri Tangkak
Pengerusi
MGB
012 906 0908
2
Hjh Norainihayati binti Ahmad
SK Ledang
Tim. Pengerusi
Bahasa Melayu
012 692 6575
3
Hjh Kamsinah binti Sarpin
SK Payamas
Setiausaha

017 612 8797
4
Kamarudin bin Ibrahim
SK Bekoh
Bendahari
Pendidikan Islam
013 697 7723
5
Norsiha binti Sulaiman
SK Bandar Tangkak
AJK
Sejarah/ K.Tempatan
017 669 2081
6
Hjh Sa'iwa binti
SK Seri Ma'mor
AJK
Bahasa Inggeris
017 612 8797
7
Nizam bin Abu Bakar
SK Sagil Kampong
AJK
Ped. Khas/j-QAF
06 977 2155
8
Sharifuddin bin Hasbullah
SK Bukit Banjar
AJK
PJPK
019 754 5459
9
HJh Indah binti Kahar
SK Sialang
AJK
U. Penilaian/ Pengaturcaraan
06 978 6887
10
Ruslan bin Ali
SK Puteri Ledang
AJK
KH/RBT/TMK
06 977 3587
11
Hj Yahya bin Rakam
SK Pengkalan Besar
AJK
Pend. Prasekolah
019 655 3262
12
Ang Chee Meng
SJKC Chee Chuin
AJK
Matematik
016 538 5366
13
Chan Siew Khim
SJKC Chi Ming 1
AJK
Peny. Kurikulum/ BM SJKC
012 667 7267
14
Leow Kuew
SJKC Chi Ming 2
AJK
B.Inggeris SJK
017 847 0453
15
Ang Eng Siew
SJKC Bekoh
AJK
Pend. Moral
019 627 2010
16
Cher Peng Ken
SJKC Chung Hwa
AJK
Pend. Muzik
012 621 0485
17
Wan Soo Gay
SJKC Lian Hwa
AJK
Pend. Seni Visual
016 239 3205
18
Yap Yee Ping
SJKC Bkebun Baru
AJK
Bahasa Cina
013 633 6034
19
Balasubramaniam AL Gopal
SJKT Jln. Sialang
AJK
Transisi/ Linus
019 720 1017
20
G. Usha Rani AP Gopalan
SJKT Ladang Sagil
AJK
Pend. Pemulihan
012 980 8736
21
Gokilambal AP Manikam
SJKT Bkt Serampang
AJK
Sains
016 642 1925
22
Krishnaveni AP Subramaniam
SJKT Ldg Tanah Merah
AJK
BM SJKT
23
Jayaselam AL Patchakhily
SJKT Ldg Tangkak
AJK
Pend. Sivik
012 648 2537
24
Thanakodi AL Katteri
SJKT Ldg Bekoh
AJK
Bahasa Tamil/ KT
012 758 6355
25
Mohd Hafifi bin Ridwan
PKG Tangkak
AJK
Pembestarian Sekolah
012 657 2583

Selasa, 13 Mei 2014

Sepak Takraw Daerah Muar

Perlawanan sepak takraw bawah 10 dan 12 tahun akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-


Tarikh     : 14 dan 15 Mei, 2014  (Rabu dan Khamis)
Masa      : 8.00pagi hingga 5.00petang
Tempat   : Dewan SK Ledang dan Dewan SMK Ledang

Bersama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan sekolah masing-masing.
Majlis Penutupan Rasmi 
Karnival Kem Bestari 1Malaysia Prasekolah 2014

Tarikh   : 14 Mei, 2014

Masa     : 11.30 pagi
Tempat   : Dewan SK Sri Tangkak, Ledang.
Perasmi  : En Haron bin Haris, Pengerusi Zon KSSR Tangkak.

Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah Zon Tangkak dijemput hadir.


Isnin, 12 Mei 2014

Peringatan Agar Bertaubat




Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

SETELAH Allah SWT menyebut perihal orang musyrik yang tidak mahu memerhatikan tanda kekuasaan-Nya yang dapat disaksikan di mana-mana sahaja di alam semesta ini, selanjutnya Dia menyebut pula perihal mereka yang tidak mahu memerhatikan ayat-ayat al-Quran yang disampaikan kepada mereka yang mengandungi peringatan dan ancaman bagi mengelakkan azab seperti yang telah menimpa kaum-kaum sebelum mereka.

Kemudian Allah SWT meneruskan pula kecaman terhadap mereka kerana tidak mahu bersikap belas kasihan sesama makhluk kerana mereka tidak membelanjakan harta untuk menolong orang yang memerlukannya.

Firman Allah SWT: 

A045


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat, (mereka tidak mengendahkannya). (Yasin: 45)

Mujahid berkata: "Daripada berbagai-bagai dosa."

Ibnu Kathir berkata: "Ketakwaan kamu, maka Allah SWT merahmati dan menyelamatkan kamu daripada azab-Nya."

Al-Maghari berkata: "Apabila dikatakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT "awaslah, kamu pasti akan menerima bencana seperti yang pernah menimpa umat sebelum kamu. Begitu juga kamu hendaklah takut terhadap bencana-bencana yang pernah menimpa umat yang sebelum kamu kerana melakukan kemusyrikan dan mendustakan rasul Allah SWT."

Di samping itu pula kamu akan menerima azab yang lebih keras dan kamu mati dalam keadaan kafir. Semoga peringatan ini menjadikan kamu mahu bertaubat.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan watak orang kafir dan tidak beriman sentiasa mempertikaikan keputusan Allah SWT dan segala bentuk janji Allah, mereka mempermainkannya.

Mereka tidak merasa gementar dan takut, sebaliknya dengan bersahaja mempertikaikannya termasuk hari kiamat dan janji Allah. Golongan seperti ini sentiasa wujud di sepanjang zaman. Semoga Allah memelihara kita daripada disesatkan mereka.

Firman Allah SWT: 

A046

Dan (Itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya). (Yasin: 46)

Ibnu Kathir berkata: "Mereka tidak berharap dan tidak menerimanya serta menolak manfaat daripadanya."
Al-Maghari berkata: "Setiap kali ditunjukkan kepada mereka bukti-bukti keagungan ciptaan Allah SWT yang membukti keEsaan-Nya, dengan serta-merta pasti mereka menolak dan mendustakan serta mengejeknya."

Hakikatnya mereka itu tidak mahu membebankan diri mereka dengan mempercayai keEsaan-Nya dan kebenaran rasul. Allah SWT menyebut keengganan mereka menerima ayat-ayat-Nya, selanjutnya Dia menyebut pula kekejaman mereka sesama makhluk Allah SWT.

Dalam ayat-ayat yang dibincangkan di atas jelas mempamerkan sifat ingkar, protes dan tidak bersyukur atas kurniaan Allah yang pelbagai dan banyak.

Justeru, mereka sewajarnya mengambil iktibar berdasarkan kebenaran yang diserlahkan dalam al-Quran serta realiti sebenar yang berlaku dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan penemuan saintifik jelas menunjukkan kebenaran Ilahi.

Ulama berpendapat bahawa ayat ini turun berkenaan masa sulit yang dihadapi masyarakat Mekah. Ketika itu Nabi Muhammad SAW menganjurkan kepada semua pihak termasuk kaum musyrikin membantu fakir miskin, namun mereka enggan.

Orang miskin yang telah memeluk Islam tidak lagi diberi bantuan dan ketika itulah kaum musyrikin mengucapkan kalimat yang kasar itu.

Marilah sama-sama kita sentiasa tadabbur ayat Allah untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan juga wasiat Tuhan kepada kita semua.

Salam Pengenalan


---PERHATIAN---
Kepada semua rakan GB KSSR Zon Tangkak yang mana blog ini masih dalam pembinaan... Mohon kerjasama semua rakan untuk menghantar sekeping gambar terkini untuk dimuatkan di blog ini.

Rakan-rakan juga dialu-alukan memberi kerjasama bagi menyalurkan informasi melalui email yang disediakan admin.

sokongan dan komitmen tuan/puan amat diharapkan.
sekian, terima kasih.

ADMIN